Tanggal 31
Bulan lapan lima tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka.
Bulan lapan lima tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka.
Ini dia.. Lagu merdeka yang paling ku suka..
Aku mengambil kesempatan pada hari ini, hari negaraku mencapai kemerdekaan 49 tahun dahulu untuk menulis ( atau menaip?) dalam blog ini dalam bahasa melayu.. Sebenarnya, aku curi cadangan ini dari rakanku, Casko Tan.. Inspirasi dari "Edisi Istimewa Merdeka" beliau.. Terima kasih casko..
Aku tidak sangka aku begitu patriotik.. tapi aku memang patriotik sekarang.. 5 tahun dahulu, bila aku seorang pelajar di INTI college, Pulau Pinang, semangat patriotiku memang sangat minimum.. Tapi sekarang.. fuu yoh.. pencampaian yang agak bagus.. mungkin kerana aku sedang belajar di Australia sekarang.. hmm .. bukan mungkin, tapi memang kerana aku di sini!
Memang susah bagi aku untuk menjelaskan kepada saudara dan saudari.. mungkin kerana bahasa melayuku sudah karat.. karat kau kau.. tapi, aku akan cuba dengan sedaya upaya! minta maaf jika aku tidak jelas dalam penjelasanku.. Ya.. mataku terbuka kepada cara hidup orang Australia yang berbeza kepada cara hidup orang Malaysia.. Sini tiada mamak yang buka hingga awal-awal pagi.. sini barangnya agak mahal berbanding dengan barang di Malaysia.. makanan di sini juga tidak boleh berbanding dengan makanan di Malaysia.. Ya.. memang.. memang.. Mungkin juga kerana sekarang aku berada di negara asing.. kena "represent" sikit!
Kenapa aku tidak begitu patriotik sebelum aku meninggal Malaysia untuk belajar di sini? Aku pun tak pasti.. Tapi aku pasti semangat patriotik rakyat Malaysia agak rendah..Kebanyakan rakyat Australia memang semangat patriotik gila babi.. mungkin kerana rakyat mereka banyak terlibat dalam acara dunia.. seperti dalam Rugbi, Bola sepak, sukan komanwel, dan olympic juga! Wah, saya lihat dan dengar mereka menyanyi lagu kebangsaan mereka.. memang semangat gila babi !! Malaysia agak selekeh dalam acara sukan.. hmm badminton sahaja? Macam mana nak meningkatkan semangat patriotik rakyat Malaysia? hmm.. aku pun tak tau.. pada pendapat saya, "national service" yang baru diperkenalkan ini agak sukar untuk tujuan ini juga.. Macam nak menjolok semangat patriotik ini dalam mulut pelajar yang tidak bernasib baik kerana mereka dipilih secara rawak untuk menyertai program ini..
Dalam masa ku di Sydney, aku dapat mengenal beberapa kawan yang memanggil diri mereka rakyat Malaysia.. tetapi, apabila aku challen (mencabar la.. lu ingat aku tak tau perkataan ini?) mereka untuk menyanyi lagu kebangsaan kita, mereka hanya boleh menyanyi satu baris atau stanza.. haih.. macam ini panggil "malaysian"? haha.. maaf lah kepada rakanku yang membaca ini.. tapi memang benar lah.. betul tak? Apa yang lawak sangat juga ialah rakyat Singapura memang boleh menyanyi lagu kebangsaan mereka.. tetapi mereka tidak faham maksudnya langsung!! Ini kerana lagu kebangsaan mereka ditulis dalam bahasa melayu.. dan ya.. bahasa melayu mereka , memang buruk.. mereka tak tau langsung lah..
Ya, ya.. bahasa melayu aku memang buruk juga.. memang ada banyak kesalahan dalam karangan di atas.. ho ho..
sebelum aku berundur, aku ingin memohon maaf jika aku tersilap kata dalam ucapan aku di atas.. ho ho, macam karangan SPM ya?
Ho ho.. sampai sinilah coretan beta..